Friday, September 18, 2009

A Voice from Singapore Malay






Laporan The News Straits Time 30 August 2009
Dr. Suzaina Kadir, 41
Pensyarah Kanan Sains Politik, Lee Kuan Yew School of Public Policy (Institut Dasar Umum Lee Kuan Yew)
"Pihak kerajaan dapat bantu memberikan lapangan yang rata untuk semua"


"Jika anda tanya saya apakah maksud "keadilan perkauman", jawapan saya adalah ia bermaksudhak yang sama untuk semua dalam mendapatkan peluang dan sumber. Ini tidak sepatutnya dilihat dari segi perkauman sahaja tetapi dari segi semua pihak dan perkumpulan.

Perkara ini menjadi rumit apabila kita mengahadapi peninggalan sejarah yang telah menindas hak kumpulan-kumpulan tertentu termasuk penindasan dari segi kaum. Maka persoalan ini berkembang menjadi sama ada pihak kerajaan harus bertindak mewujudkan suatu suasana di mana semua pihak menmpunyai peluang yang sama.

Terdapat pihak yang menyatakan perbuatan ini adalah "meratakan padang persaingan yang tidak rata". Terdapat pelbagai pendekatan untuk pihak kerajaan cuba untuk mencapai matlamat ini.

Saya bersetuju dengan peringatan Menteri Mentor Lee Kuan Yew dalam Parlimen bahawa kita mesti mengingati "titik permulaan" kita. Kita perlu memahami perbincangan mengenai hubungan perkauman yang wujud ketika dan semasa waktu merdeka. Hanya dengan inilah kita boleh memahami maksud dan matlamat yang membentuk dasar-dasar yang berkenaan dengan perkauman di Singapura. Saya bersetuju bahawa kita sering tidak berbuat demikian dan tidak memahami ini dengan sepenuhnya.

Penting juga kita berbuat demikian untuk menilai sepenuhnya apa yang kita telah capai dan bolehkah kita beralih daripada dasar sekarang. Pemahaman mendalam adalah perlu untuk kita menilai pencapaian kita sama ada telah mencapai matlamat asal kita serta adakah kita telah melakukan kesalahan atau tidak.

Ini membawa saya kepada persoalan yang lebih peka lagi mengenai kaum minoriti di Singapura patut dilindungi dan dibantu oleh kerajaan atau tidak. Ini adalah soalan yang sukar untuk saya jawab dan saya kerap memikirkannya. Seperti ramai rakyat Singapura, saya diasuh dengan dan mempercayai tentang dasar meritokrasi dan saya masih berpegang mengenai dasar ini.

Saya masih ingat lagi dalam tahun lewat 80'an, sebagai penuntut universiti Melayu/Muslim, perbahasan genting ketika itu adalah patutkah pihak kerajaan patut memansuhkan subsidi pendidikan untuk orang Melayu dan saya ingat mendengar pemimpin-peminpin Melayu / Muslim menentang tindakan ini tetapi saya rasa subsidi ini harus dimansuhkan kerana bagi Singapura, cara tunggal yang membolehkan kita bergerak ke hadapan adalah hak yang sama untuk semua kaum. Tanpa mengira kedudukan istimewa orang Melayu dalam perlembagaan Singapura, saya rasa tidak perlu perlindungan khas untuk laum-kaum minoriti kerana ini bertentangan dengan fahaman meritokrasi. Saya memegang kepercayaan kuat bahawa pendekatan yang sama patut diamalkan dalam pelbagai perbadanan bantu-sendiri.

Tetapi keadaan kini bukanlah begitu jelas. Peluang sama rata untuk semua sebenarnya tidak begitu adil untuk kumpulan-kumpulan tertentu. Mungkin kerajaan masih ada peranan lagi. Saya rasa perbahasan kita harus bertuju mengenai apakah peranan kerajaan, bagaimanakah kita mewujudkan peluang sama rata untuk semua kumpulan masyarakat.

No comments:

Post a Comment

Please avoid profanities, swearing, curses and the like, and let's be civil with our comments. Thank you.

Norman