Wednesday, July 1, 2009

Perpaduan Melayu

Apa dia perpaduan Melayu? Bahagian 1

Bila Ustaz Nasharudin menang jawatan timbalan presiden PAS, semua orang suka. Ramai orang berGUMbira. Maklum sajalah, yang di kalahkan ialah kepala kumpulan Erdogan dalam PAS. Orang yang di katakan penyekat kepada perpaduan antara orang PAS dengan UMNO yang kian hari makin tenat. Orang ini juga di katakan sebagai geng Anwar Ibrahim. Dan siapa tak kenal brader Anwar? Anwar Ibrahim kalau menang dan jadi pula PM, habislah riwayat kepala kepala dang dalam UMNO.

Oleh kerana Ustaz Nasharudin menang, tentulah ramai di kalangan PAS yang lebih suka kepada dia daripada Hj Husam Musa dan Mat Sabu. Tidak ada pun orang kata, kombinasi Mat Sabu dan Husam Musa lebih banyak dari Nasharudin dan secara lojik nya, lagi ramai yang tidak suka kepada Nasharudin. Tak boleh! No, No!. No Way Jose! Nasharudin is the man. He is pro UMNO. Kata para pengomen. Menang satu undi pun tetap menang. Rata rata, orang mahukan keputusan Nasharudin menang, di terima sebagai kemenangan tanpa syarat.( unqualified win).

Dari segi lojik nya kombinasi undi kepada Mat Sabu dan budak hensem Husam Musa yang lebih banyak, bererti lebih ramai ahli PAS tidak sukakan Nasharudin. Oleh kerana Husham Musa dan Mat Sabu bukan gantian sempurna( perfect substitutes) maka kita tidak boleh kira Mat Sabu sama dengan Husam Musa. Mereka 2 entiti yang mutually eklsusif. Sokongan terhadap mereka adalah penyokongan mutlak. Sokongan mereka datang dari die hard supporters masing masing. Yang mengundi Mat Sabu, jika di beri peluang tidak akan mengundi Husam dan tentu sekali tidak akan undi Nasharudin. Demikian juga yang menyokong Husam.

Fakta fakta ini di ketepikan. Ini hal karut marut daripada seorang 'theorist' sahaja. Kita mesti tegas dalam agenda kita! Agenda kita ialah menabalkan kemenangan sahabat kita, Nasharudin, sebagai sah. Oleh kerana kemenangan Nasharudin itu berfungsi dan berguna untuk melansungkan agenda 'perpaduan', maka kemenangan Nasharudin di anggap sebagai unqualified win.

Dari satu hipokrasi ke hipokrasi yang lain.

Namun, cara kita menyambut kemenangan Nasharudin, mendedahkan HIPOKRASI kita. 'Kita' disini saya maksudkan penyokong UMNO sendiri. Izinkan saya menerang nya.

Sikap yang sama tidak di tunjukkan keatas kemenangan KJ suatu ketika dahulu. Kemenangan KJ terus di persoalkan oleh tangan tangan ajaib bahkan gerakan untuk mengensel kemenangan itu melalui extralegal ways masih berjalan. Semua nya kerana kemenangan itu tidak berfungsi dan berguna untuk melangsungkan agenda tertentu. Dan agenda tersebut tidak ada kaitan dengan agenda yang lebih besar, seperti perpaduan bangsa Melayu. Nampaknya, kita berkhutbah mengenai demokrasi di luar gelanggang, tapi mengamalkan hipokrasi dalam gelanggang sendiri.

Dalam kes KJ, sokongan untuk Khir Toyo dan Mukhrz Mahathir di campur untuk 'membuktikan' bahawa tentangan terhadap KJ lebih besar daripada sokongan kepada nya.

Bagaimana kita me-reconcilekan sikap yang berbeza dalam kes Nasharudin dan KJ? Jawapan nya, kaedah yang kita mahu terima adalah sabjektif. Ia nya bergantung kepada pengakhiran yang kita mahu. Kita sudah menghukumkan penghujung nya. Dalam kes Nasharudin, kita menghukumkan bahawa kita mahu mengsahihkan kemenangan tersebut. Dalam kes KJ, kita menghukumkan bahawa kita mahu menyangsikan kemengangan itu.

Dengan hipokrasi ini, bagaimana kita mengadili mereka yang tidak bersetuju dengan konsep unity government antara PAS dan UMNO?

Bolehkah, sesiapa yang tidak bersetuju dengan perpaduan PAS dan UMNO di anggap sebagai musuh dalam selimut? Di cap sebagai penghalang kepada perpaduan? Kita jangan keliru dalam hal ini.

Perlu kita soal, perpaduan siapa? Perpaduan orang Melayu atau perpaduan pimpinan jutawan2 UMNO yang rasa kian terancam dengan elemen dalam PAS yang benar benar mahukan perpaduan MELAYU? Faksi dalam PAS yang bersetuju berunding dengan UMNO bukan menyokong perpaduan dengan UMNO ok? Yang mereka mahukan dan bersetuju ialah perpaduan BANGSA MELAYU. Apa ertinya hujjah ini? Kita presume bahawa UMNO secara otomatik bercakap atas nama Melayu. Presumption ini, pada hari ini, kian sukar di justifikasikan.

Ertinya,adalah suatu kesombongan yang besar untuk mengaku bahawa UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO. Masaalah UMNO hari ini ialah ianya telah kehilangan kredibiliti untuk mengaku mereka lebih Melayu dari Melayu lain.

Tidak bersetuju dengan perpaduan UMNO dan PAS bukan bererti TIDAK SUKA perpaduan Melayu. Kita mesti jelas dalam hal ini. Dan perpaduan orang Melayu tidak semestinya bersyaratkan gabungan antara UMNO dan PAS. Yang kita ada masaalah ialah dengan orang yang ek mengaku UMNO mewakili dan membela orang Melayu.

Dan siapa berani bilang UMNO membela orang Melayu? Sejak zaman merdeka bahkan sebelum merdeka, kesemua jawatan penting dalam pentadbiran negara dan negeri di pegang oleh orang Melayu. Ketua tentera, polis, kerajaan, pegawai daerah, pegawai MARA, kalau di pejabat Tanah Kuantan yang saya lebih tahu, nak cari muka bukan Melayu seperti mencari harta Karun. Ertinya, semua tahap pimpinan dalam jentera pentadbiran dan pihak yang ada kuasa terdiri dari orang Melayu.

Adalah lojik dan munasabah, di beri semua fakta fakta ini, sesiapa sahaja akan di anggap betul dan benar jika mengandaikan, mestilah keadaan orang Melayu mesti lah best nya!. Realiti nya? Apakah kesan semua ini keatas kemajuan orang Melayu? Dari segi kekayaan orang Melayu masih ketinggalan di belakang. Dari segi pemilikan tanah, pegawai Melayu lebih suka tolong bangsa bukan melayu. Permohonan bukan Melayu di layan dengan mesra. Orang Melayu yang tidak memiliki tanah masih berlambak lambak.

Dan clincher nya? Dari segi jurang beza antara kaya dan miskin yang paling teruk ialah di kalangan orang Melayu sendiri!. Perbezaan pendapatan antara bangsa pula bukanlah kepalang nya lagi.

Apakah yang di tujukkan oleh huraian huraian diatas? Ia membuktikan di Tanah Melayu ini, kalau kita hendak kaya dan maju, kita tidak perlu jadi Melayu. Yang terkaya dan yang termaju dalam Negara Tanah Melayu ini, adalah BUKAN Melayu!. Kedua, bila jurang kaya dan miskin amat teruk dalam kalangan bangsa Melayu sendiri, ini membuktikan pimpinan orang Melayu tidak membantu majority Melayu tapi lebih berusaha untuk feather nest masing masing.

Oleh sebab itu, apabila pimpinan jutawan UMNO becakap mengenai perpaduan Melayu, mereka sebetulnya menyeru bersatulah orang Melayu supaya hayat mereka boleh di lanjutkan. Cakap mengenai perpaduan Melayu adalah alasan untuk mengekalkan kuasa.

Tentangan terhadap agenda perpaduan mesti dilihat dalam konteks penolakan rakyat dan sebahagian besar ahli UMNO kepada usaha beterusan golongan elit dan pimpinan jutawan dalam UMNO mahu meneruskan pimpinan dan dominasi mereka keatas politik UMNO. Kedegilan dan keengganan melihat reality yang melanda UMNO meransang pimpinan millionaire UMNO untuk mencari apa jua jalan untuk mengekalkan kuasa.

Cakap dan jual minyak mengenai perpaduan sesama Melayu tidak lain dan tidak bukan hanyalah topeng yang menyembunyikan sandiwara pimpinan elit UMNO mahu mengekalkan kuasa.

Semua golongan progresif dalam UMNO mendesak perubahan radikal di lakukan dalam batang tubuh UMNO. Agenda perpaduan yang di jaja hari ini akan memberi alasan yang paling licik untuk TIDAK melakukan agenda perubahan yang di desak oleh orang bawahan UMNO.

Ianya juga satu lagi usaha pimpinan UMNO yang sudah mula hilang kredibiliti daripada berdepan dengan masaalah pokok orang UMNO dan Melayu.

Source: http://sakmongkol.blogspot.com/2009/06/apa-dia-perpaduan-melayu-bahagian-1.html

Perpaduan Melayu- Bahagian 2

Ada sesuatu yang tidak kena apabila ketua Pemuda Kelantan buat lapuran polis keatas TG Nik Aziz. Inilah petanda orang UMNO tidak faham reality politik hari ini. Kita berlagak seolah olah kita orang UMNO adalah anugerah Tuhan ke Negara ini. Zaman itu sudah berlalu.

Dengan melakukan tindakan melapurkan kepada polis, tindakan ini akan bertambah mengalienasikan UMNO. Kalau orang tak suka kita, kita tak boleh paksa. Kalau orang tak setuju dengan idea kerajaan perpaduan, kita tidak boleh paksa. Orang UMNO pun bukan semua setuju dengan konsep perpaduan jika itu di jadikan alasan untuk melanjutkan hayat politik kaki haprak dalam UMNO.

Jika berlaku perpaduan akibat dari political expediency, apa yang kita ingat akan berlaku? Yang akan berlaku ialah UMNO tidak perlu melakukan perubahan dalaman. Apabila perubahan tidak berlaku apa jadi? Majority ketua bahagian yang sudah berkarat yang lebih berminat mengejar dan menjaga kepentingan peribadi akan terus mengekalkan kuasa. Apabila ini terjadi, UMNO akan terus membuta tulikan diri kepada seruan untuk melakukan perubahan radikal.

Untuk mengembalikan kredibiliti UMNO, presiden UMNO mesti meneruskan agenda melakukan perubahan. Penghapusan system quota yang telah membawa kesan melindung kepimpinan yang mahu mengekalkan kuasa, akan membuka UMNO kepada iklim yang lebih demokratik. Pemilihan secara lansung oleh 60 ribu perwakilan bahagian akan memustahilkan permainan politik wang. Lebih penting, ianya akan meliberalisasikan kekangan dalam UMNO dan akan memunculkan bakat pimpinan. Kemunculan bakat pimpinan di perlukan untuk memerdekakan UMNO dari di tempa oleh kepimpinan yang bersandarkan hubungan jenetik, kedudukan dan jawatan. UMNO kena re-invent diri nya sendiri.

Reality politik yang UMNO tidak faham ialah hari ini, UMNO beroperasi dalam persekitaran rakyat bebas membuat pilihan( free to choose).

Pertama, ada banyak parti yang orang Melayu boleh pilih. Mereka boleh pilih PAS jika mereka mahu. Mereka juga boleh pilih PKR kalau mereka mahu. Sebab PKR pun ramai orang Melayu. Bila ada lebih dari satu parti yang boleh membentuk kerajaan, itu sudah di kira one too many.

Kebebasan membuat pilihan bertambah kerana kesedaran politik orang Melayu meningkat. Mereka sudah menikmati sedikit sebanyak kemewahan ekonomi. Kesedaran mereka di perkukuhkan dengan pendidikan yang universal. Anak anak mereka yang belajar di kolej dan university kembali ke kampong dan memberi nasihat kepada ibu bapa mereka. Mobiliti social yang menambah peluang untuk bergaul dan berinteraksi memainkan peranan sebagai penyalur maklumat dan cerita cerita baru dan bukan semua nya kredit kepada UMNO.

Tapi UMNO berkelakuan seperti seorang Political Neanderthal. Mereka bersikap seolah UMNO masih parti zaman sebelum mencapai kemerdekaan. Sebelum kita merdeka, kita hanya berdepan dengan penjajahan Inggeris. Semua tenaga dan emosi orang Melayu tertumpu kepada usaha mendapatkan kemerdekaan. Dalam suasana demikian, UMNO ujud dan berjaya mendapatkan monopoli keatas menguasai minda dan emosi orang Melayu. Orang Melayu melihat UMNO sebagai satu satu nya parti yang mampu mengembeling ketaatan orang Melayu. Bila kita ada monopoli, kita boleh caj apa harga yang kita suka. Kita boleh ek sikit.

Tapi dalam pasaran yang ada saingan, kalau kita berlagak macam kita ini masih ada monopoli, kita akan kecundang. Pimpinan UMNO tidak faham reality politik hari ini.

Dalam suasana orang Melayu ada pilihan dan pasaran ada saingan, cara untuk mengatasi lawan kita ialah memenangi fikiran dan hati rakyat dengan penghujjahan dan berbudi yang ikhlas. Bila ketua Pemuda UMNO Kelantan buat lapuran polis, apa yang dia buktikan ialah UMNO suka memaksa orang lain supaya ikut cakap dia. Ini cara orang yang rasa dia control semua hal. Ini cara orang yang ingat dia ada monopoli keatas fikiran dan hati rakyat. Dan orang boleh membaca hipokrasi kita apabila sekoyong koyong orang datang duduk kampong kita , menoreh getah bersama kita, membaiki atap bocor, minum kopi di warung dengan kita.

Kenapa PAS bersetuju kepada kerajaan Perpaduan?

Jawapan nya, ialah PAS berminat kepada perpaduan ORANG MELAYU. PAS tidak berminat kpeada pengekalan pimpinan yang korap dan kepimpinan yang lesu membela orang Melayu. Saya rasa PAS membaca peluang untuk menyatukan bangsa Melayu dan melihat ini di mungkinkan jika berlaku 'perpaduan' antara PAS dan UMNO. Namun pembacaan pertama mungkin tidak mendedahkan semua nya. Penyudah nya, PAS terbaca agenda yang sebenar. Iaitu, jika perpaduan yang terhasil oleh political expediencies, agenda yang tercapai ialah pengekalan kuasa oleh golongan yang mahu mengekalkan kuasa at all costs.

Perpaduan Melayu tidak bersyaratkan kepada perpaduan antara PAS dan UMNO. Saya minta kita fikir perkara ini dengan mendalam. Meletakkan masa depan kita secara mutlak kepada parti politik, bererti kita memperakui bahawa parti politik adalah sesuatu yang kita mesti perhambakan diri kepada nya. Ini bertentangan sangat dengan piagam kermerdekaan jiwa kita sebagai manusia.

Parti politik seperti juga sebuah keraaan adalah suatu wadah atau instrument kita mencapai sesuatu matlamat. Kita jangan taksub sangat dengan parti politik sehingga mahu mengangap ianya sebagai suatu yang mesti di dewakan. Kita mesti tanya diri kita: apakah kita, rakyat biasa, boleh lakukan melalui parti untuk kita? Cogan kata kita sekarang bukan lagi UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO.

Seperti yang di katakana oleh Milton Friedman dalam konteks hubungan manusia dengan kerajaan atau negara, maka hubungan kita dengan UMNO boleh di lihat dengan begini. Ada dua bahagian dalam slogan UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO.

Kedua dua bahagian slogan ini, bertentangan dengan piagam insane yang merdeka. Bahagian pertama, UMNO itu Melayu membawa erti bahawa UMNO adalah sesuatu yang kita dewa dan puja dan orang Melayu adalah jagaan UMNO. Bahagian kedua- Melayu itu UMNO membawa erti bahawa kita hanya berfungsi untuk menghamba abdikan diri.

Source: http://sakmongkol.blogspot.com/2009/06/perpaduan-melayu-bahagian-2.html

Perpaduan Melayu- bahagian 3

Sikap pimpinan UMNO hari ini, boleh di simpulkan sebagai begini. Kita boleh gambarkan seorang pemimpin tipikal UMNO dengan sombong dan nada keras bertanya: JANGAN DI TANYA APA UMNO BOLEH BUAT UNTUK KITA, TANYA APA KITA BOLEH BUAT UNTUK UMNO.

Terjemahan: UMNO sesuatu yang maha besar yang mesti di dewakan dan di taati secara mutlak. Kita ahli UMNO dan rakyat kususnya orang Melayu adalah jagaan UMNO yang boleh di perlakukan sesuka hati. Ikut sahaja apa UMNO kata. We define life for you.

Rakyat pula ada berperanan berkerja secara kuli batak untuk UMNO. Masa depan kita di tentukan oleh nun di sana, segelintir orang yang berjaya jadi pemimpin, tidak kira bodoh dan korap.

Seperti yang saya sebut, keadaan hari ini tidak membenarkan UMNO berlagak seperti ini. UMNO berdepan dengan reality bahawa ia tidak lagi mempunyai monopoli ketas fikiran dan emosi orang Melayu. Kedua, UMNO berdepan dengan reality bahawa rakyat bebas memilih dan kebolehan memilih yang ada pada mereka, di bantu oleh beberapa perkara yang saya sudah terangkan di atas.

Keadaan reality ini juga sudah tidak membenarkan mana mana pemimpin UMNO mendefinisikan apa apa lagi bagi pihak rakyat. Saya baru mendengar satu rancangan dalam Awani yang melibatkan seorang ketua bahagian, yang mendefinisikan apa erti bersatu dan perpaduan Melayu mengikut kaca mata UMNO. Who gives you the moral authority to define apa itu unity? Inilah contoh pemimpin yang tidak sedar bahawa UMNO sudah tidak ada monopoli keatas menentukan definisi sesuatu lagi. Sebab nya, orang boleh bertanya, jika perpaduan itu lebih penting dari partisan parti, mengapa tidak orang Melayu bersatu di bawah PAS? Kenapa bersatu itu hanya benar dan betul di bawah UMNO?

Soalan yang wajib kita tanya hari ini, apa yang kita boleh lakukan melalui UMNO? Jangan kita tanya apa UMNO boleh buat untuk kita dan jangan kita tanya apa kita boleh buat untuk UMNO. Tanggung jawab untuk mengemudi hidup kita jangan sekali kali kita serahkan kepada parti politik. Kita mesti buat nya dengan usaha kita sendiri.

Sebelum kita pergi jauh- jika parti politik hanya wadah/instrument mencapai mattlmat, parti mana yang kita pilih? Kita pilih parti yang serasi dengan inklinasi dan keyakinan kita. UMNO misalnya, akan terus menjadi pilihan ramai orang Melayu selagi inklinasi majority orang Melayu serasi dengan cara UMNO berjuang. Tapi UMNO akan kehilangan keserasian tersebut jika ia enggan berdepan dengan realiti politik masa kini.

Sebaik sahaja kita menyedari bahawa parti politik adalah suatu instrument untuk mencapai sesuatu matlamat, maka tanggapan kita keatas dakwaan bahawa orang Melayu hanya akan selamat jika PAS dan UMNO bergabung, akan terungkai.

Helo tuan! Melayu akan selamat, jika kita, melalui usaha kita sendiri memperkasakan diri kita dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Seperti saya katakan tadi, UMNO tidak boleh lagi mendakwa mereka menolong orang Melayu. Lihat sajalah bukti bukti yang ada di keliling kita. UMNO telah Berjaya meletakkan orang Melayu dalam semua lapisan pelaksana dasar. Namun kedudukan orang Melayu masih ketinggalan. Perkara ini saya sudah sebut dalam bahagian pertama.

Jika PAS mahukan suatu front perjuangan yang bersifat keUMNOan, apa yang perlu mereka buat ialah mengundang penglibatan orang orang yang berminda UMNO. Mereka tidak perlu kepada talent yang ada dalam UMNO sekarang. Mula dengan talent dan bakat baru- mungkin PAS boleh membentuk mereka dengan lebih baik.

Perpaduan Melayu mesti diasaskan diatas prinsip prinsip yang bersifat hidup dan berkekalan. Perpaduan yang bersifat seperti ini, mengatasi penggabungan ekspedient antara parti politik. Bila parti politik bergabung, mereka ada suatu perkara sahaja dalam benak fikiran- mendapat dan mengekal kuasa.

Perkara perkara yang bersifat enduring termasuklah soal Bahasa Melayu umpamanya, soal Agama Islam, soal Raja Raja Melayu. Ini semua sudah terpahat dalam undang undang tubuh Malaysia iaitu perlembagaan kita. Kecuali dari segi jumlah, orang Melayu kurang daripada bukan Melayu, kedudukan perkara perkara ini dari segi perlindungan perlembagaan yang kebal tidak akan terancam.

Jadi apabila TS Muhyidin Yassin berikrar UMNO akan berjuang untuk perkara perkara ini yang SUDAH pun termaktub dalam perlembagaan Malaysia, ikrar tersebut hanya satu political tautology.

Kerjasama antara mereka( parti politik) tentulah membantu kepada perpaduan orang Melayu secara keseluruhan nya. Namun demikian kerjasama tersebut boleh di capai dengan masing masing memainkan peranan yang tersendiri. Prinsip prinsip perjuangan UMNO yang bersifat temporal( duniawi) di perlukan sama seperti prinsip perjuangan PAS yang secara umum nya bersifat, spiritual. Peranan peranan ini paling terbaik di mainkan, jika parti PAS dan UMNO mengekalkan perwatakan masing masing.

Tapi kenapa ada puak PAS bersetuju berkongsi kuasa dengan UMNO?

Saya melihat ada satu sahaja alasan yang boleh menerangkan kesediaan PAS ini. Ianya ialah pengurangan keyakinan terhadap Anwar Ibrahim. Pengurangan terhadap Anwar Ibrahim ini terjadi oleh beberapa sebab. Pertama, Anwar Ibrahim tidak eksplisit tentang prinsip perjuangan nya. Keasyikan untuk menyukakan semua pihak menjadikan Anwar mahir dalam seni- running with hares and hunting with the dogs.

Kedua, dan mungkin ianya bersifat peribadi, ada golongan dalam PAS menyangsikan integriti moral Anwar Ibrahim sendiri.

Yang mengepalai faksi perpaduan dengan UMNO di ketuai oleh tokoh tokoh besar dalam PAS. Kita ada ada Hj Hadi, Nasharudin, Cikgu Mustafa Ali dan dalam faksi ulama, kita ada Dr Harun Din. Penglibatan tokoh besar dalam PAS ini mesti di beri perhatian serius. Mereka ini semua, rapat dengan Anwar suatu ketika. Harun Din boleh di anggap sebagai spiritual guardian Anwar. Haji Hadi pernah bersama Anwar dalam ABIM. Kesanggupan mereka semua membelakangkan Anwar dalam isiu berkerjasama dengan UMNO ini membayangkan mereka sudah tidak yakin dengan Anwar. Atau persepsi peribadi mereka terhadap integriti moral Anwar mengundang curiga.

Langit pun mendung juga untuk PKR.

Anwar Ibrahim berdepan dengan tuduhan seksual di luar tabii. Pilihan seksual peribadi seseorang yang di lakukan dalam kamar mereka tidak releven kepada perhitungan orang lain. Masaalah nya, ialah semua tuduhan ini melontarkan bayangan negative terhadap integriti moral Anwar Ibrahim. Secara lanjutan ianya juga casts a negative shadow keatas kesesuaian Anwar menjadi pemimpin. Suka atau tidak, kita tidak boleh lari dari persepsi kalau perkara ini tidak berlaku, mana mungkin ia di jadikan isiu. Anwar Ibrahim dan pasukan nya boleh membela diri dengan menghubungkan pertuduhan nya dengan suatu konspirasi politik dan sebagainya.

Masaalah nya satu sahaja. Kenapa yang mahu 'mengenakan' Anwar memilih suatu isiu yang tidak masuk akal lansung- yakni menuduh Anwar homoseksual. Di beri latar belakang Anwar yang masyur dengan keIslamisme nya, rekod nya sebagai pemimpin pelajar yang cenderung kepada Islam, maka tidak masuk akal untuk sesiapa memilih isiu yang cukup unIslamic untuk mengenakan Anwar. Sudah pasti rakyat menolak isiu tersebut dan mendedahlkan pembawa isiu itu kepada public ridicule.

Jika orang sanggup membawa isiu ini dan menangung pula ridicule masyarakat tempatan dan dunia, maknanya, pertuduhan keatas Anwar menjadi suatu yang boleh di percayai kerana ianya tidak masuk akal. Sesuatu yang tidak masuk akan tidak mungkin di jadikan asas untuk mengenakan Anwar kecuali ianya mempunyai digri kebenaran yang tinggi.

Who in their right minds will ever want to choose an highly combustible and contentious issue to fix up Anwar knowing fully well that such an issue can destroy not only the accused but also the accuser? Unless of course, despite seemingly looking bizarre and incredulous, there is some truth in the issue.

Lagi tidak masuk akal, jika pertuduhan yang serupa di jadikan asas untuk 'mengenakan' Anwar untuk kali kedua. Kecuali yang membawa pertuduhan itu tersangat bodoh dan bahlul dan akan menanggung risiko di ridicule oleh rakyat dan masyarakat dunia, pertuduhan tersebut di kemukakan. Dan saya tidak fikir kerajaan dan pimpinan sebelum dan hari ini, terlalu bodoh dan dangkal untuk menggunakan suatui isiu yang dari segi kesemulajadian nya, terlalu disputable.

Realiti ini mungkin telah meresap di kalangan pimpinan PAS dan tidaklah yang terlebih menyedari akan nya daripada mereka yang rapat dan kenal Anwar secara dekat. Maka saya melihat kesediaan golongan dalam PAS berpadu dengan UMNO di dorong oleh perasaan pengurangan keyakinan kepada Anwar sendiri. It is to Anwar's interest to keep PAS on a leash.

Saya kurang yakin untuk menghujjahkan kesediaan PAS berpadu dengan UMNO berpunca dari kesedaran baru mengenai nationalisme. Ini adalah kerana sikap PAS terhadap Assobiyyah tidak berubah. Tidak mungkin ia timbul dari definisi baru hubbul watan oleh PAS.

Jika alasan nya ialah sebab orang Melayu itu Islam dan oleh yang demikian kena bersatu, saya tidak merasakan ini suatu perkara yang sangat asas. Apabila Islam terlibat, orang Melayu bersatu tanpa mengira anutan politik. Tambahan pula, seruan supaya orang Melayu dan Islam mesti bersatu sudah lama di laungkan. PAS dengan cara nya, UMNO dengan cara nya.

Ertinya, perpaduan orang Melayu bukan suatu perkara baru yang muncul hanya ketika cakap mengenai kerajaan perpaduan berlaku. Jika perpaduan orang Melayu sudah lama diperjuangkan oleh kedua dua parti politik dengan cara masing masing, ini bererti perpaduan tidak dependent kepada penggabungan dua parti ini. Tanpa parti PAS atau UMNO memperjuangkan perpaduan orang Melayu, kecenderungan untuk bersatu sentiasa ada di kalangan orang Melayu.

Jika alasan nya, adalah kerana kedudukan orang Melayu terancam, alasan yang demikian juga kurang meyakinkan. Ini adalah kerana 'ancaman' keatas orang Melayu hari ini tidak lebih besar dari ancaman kepada orang Melayu semasa tahun 1969/1970. Ketika itu ancaman kepada orang Melayu lebih besar. Faktor ancaman hanya mampu menyatupadukan orang Melayu untuk sementara waktu sahaja.

Selepas 1969, kemungkinan besar pimpinan PAS ketika itu, merasakan rusuhan kaum 1969 cukup untuk di jadikan sebab untuk bersatu. Namun apa yang kita lihat, apabila keadaan kembali stabil dan pimpinan UMNO bertambah kuat, perpaduan yang diasaskan atas faktor ancaman, terungkai. Malah PAS membayar kos yang tinggi akibat termakan dengan alasan factor ancaman.

Apa yang saya mahu tegaskan, ialah factor orang Melayu kian terancam adalah lagu basi yang mahu di putar semula. Pimpinan PAS yang mebayar kos yang tinggi kerana alasan demikian membuat pemimpin seperti Nik Aziz tidak mahu mengulangi kesilapan yang hampir memusnahkan PAS.

Mari kita bercakap mengenai mengembalikan kerelevenan UMNO dengan orang Melayu. Itu isiu yang lebih besar.

Source: http://sakmongkol.blogspot.com/2009/06/perpaduan-melayu-bahagian-3.html



No comments:

Post a Comment

Please avoid profanities, swearing, curses and the like, and let's be civil with our comments. Thank you.

Norman