Wednesday, December 9, 2009

Terbentang dua jalan...



بسم الله الرحمن الرحيم

Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia.

Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan).

Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah dan rasul serta menjauhi laranganNya. Kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang bermula dari keimanan kepada Allah. Sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. Sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan.

Bukan mudah untuk masuk ke syurga. Kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kebaikan.  Syaitan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak menggalakkan kita melakukan kebajikan. Jika kita turutkan kehendak syaitan sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan.

Sebaliknya jalan ke neraka amat mudah kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. Amat mudah melakukan kejahatan.

Nah, di depan kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. Tepuk dada dan tanyakan iman - bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu. 

Betapa tak susah masuk syurga? Dalam satu keterangan dinyatakan: orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu. Orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal. Orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas. Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercu.

Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara Islamik.

Semua manusia inginkan hidup senang. Kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara. Hanya orang yang cetek akal saja memilih kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat.

Syaitan selalu membisikkan kepada kita tentang amal kita yang banyak walaupun hakikatnya hanya sedikit. Kita gembira apabila dipuji manusia. Timbul rasa ujub dan riak yang memusnahkan pahala. Kita tak perasan kita sebenarnya berdosa walaupun kita masih beramal soleh. Kita mesti mengawas dari serangan penyakit batin seperti riak, ujub, bongkak, sombong, dengki yang kesemuanya merosakkan amalan. Di sini peranan ilmu tasawuf yang perlu kita pelajari dan dalami.

Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan, Allah sudah terlebih dulu mendahului dan mengingati kita. Kalau Allah tak gerakkan kita untuk beramal, kita tak akan beramal. Ini maknanya Allah mendahului kita. Jangan sangka kita yang beramal, sebenarnya Allah menggerakkan kita beramal. Jadi soal pahala tak timbul. Sepatutnya kita bersyukur kerana Allah gerakkan kita beramal.

Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan zuhud dan banyaknya melakukan amal ibadat. Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali Menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh.

Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran.

Ingat sekali lagi pesanan Nabi s.a.w. "Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat."  Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka.

Wallahu 'alam.

Pentingnya Solat Berjemaah

Pengertian solat jemaah

Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.

Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.

Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan iaitu:

  1. Fardhu ain pada solat Jumaat
  2. Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu
  3. Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih, dan solat witir pada bulan Ramadhan.

Tuntutan berjemaah pada solat fardhu
Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,

Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:

Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.

Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah

Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.

Selepas ini insya-Allah akan diterangkan fadhilat-fadhilat tersebut untuk menjadi dorongan kepada kita semua agar cintakan solat berjemaah.

Artikel asal: soleh.net

Kisah Ashabul Ukhdud

Kisah ini sangat penting untuk memberikan pelajaran pelajaran berharga tentang makna keikhlasan sekaligus juga tentang istiqomah dan iltizam seorang hamba ketika dia memilih untuk menjadikan Allah SWT sebagai satu-satunya tempat untuk menyandarkan ke'tawakal'an sang hamba.

Tawakal dan berserahnya pemuda itu kepada Allah SWT menyebabkan bukan saja dia seorang, malah keseluruhan rakyat mendapat hidayah dan beriman kepada Allah SWT. Begitu mulianya kisah ini sehingga Allah SWT berkehendak mengabadikannya dalam Al-Quran di surah Al-Buruj (Gugusan Bintang) dalam juz-amma:

[1] Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;

[2] Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan;

[3] Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan;

[4] Celakalah kaum yang menggali parit,

[5] (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran,

[6] (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,

[7] Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman.

[8] Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!

[9] Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.

[10] Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam (kerana perbuatan buruk itu) dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).

[11] Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.

[12] Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat.

Dan kemudian diterangkan dengan jelas oleh Nabi kita Muhammad SAW dalam hadits beliau seperti berikut ;

(Di dalam sahih Muslim, Kitab az-Zuhud wa ar-Raqaa'iq, hadith #7148)

Shuhaib bin Sinaan Arrmmi ra. mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda:

Di masa dahulu ada seorang raja (Yahudi) yang mempunyai seorang yang ahli sihir,. Kemudian  ahli sihir telah tua ia berkata kepada raja: "Kini aku telah tua dan mungkin telah dekat ajalku, kerana itu kirim kepadaku seorang pemuda yang dapat aku ajarkan kepadanya ilmu sihir".

Maka raja berusaha mendapat seorang pemuda untuk mempelajari ilmu sihir. Di tengah jalan antara tempat ahli sihir dengan rumah pemuda itu ada tempat seorang pendeta (ahli ibadah) yang mengajar agama, maka pada suatu masa pemuda itu singgah di tempat pendeta untuk mendengarkan pengajiannya sehingga ia tertarik dengan ajaran pendeta itu. Namun, jika ia terlambat datang kepada ahli sihir dia akan dipukul, dan bila terlambat kembali ke rumahnya juga dia dipukul, maka ia mengadu tentang kejadian itu kepada pendeta.

Maka diajar oleh pendeta jika terlambat datang kepada ahli sihir supaya berkata,,"Aku ditahan oleh ibuku".

Dan bila terlambat kembali ke rumah, katakan, " Aku ditahan oleh ahli sihir".

Maka setelah berjalan beberapa lama, tiba-tiba pada suatu hari ketika ia akan (hendak) pergi, tiba-tiba di tengah jalan ada seekor binatang buas sehingga orang-orang tidak berani jalan di tempat itu. Maka pemuda itu berkata, "Sekarang aku akan mengetahui yang mana lebih yang lebih baik di sisi Allah apakah ajaran pendeta atau ajaran ahli sihir"

Lalu ia mengambil sebutir batu dan berdoa, "Ya Allah jika ajaran pendeta itu lebih baik di sisimu maka bunuhlah binatang itu supaya orang-orang dapat lalu-lalang di tempat ini".

Lalu dilemparkanlah batu itu, dan langsung terbunuh binatang itu. Dan orang-orang gembira kerana telah dapat lalu di jalan itu.

Maka ia langsung memberitakan kejadian itu kepada Rahib (pendeta), maka berkatalah Rahib itu kepadanya : "Kamu kini telah afdhat (lebih baik) daripadaku, dan anda akan diuji, maka jika diuji jangan sampai menyebut namaku".

Kemudian pemuda itu dapat menyembuhkan orang buta dan sopak dan pelbagai jenis penyakit yang berat-berat pada semua orang.

Ada seorang pembesar dalam majlis raja dan dia telah buta karena sakit mata,. Ketika ia mendengar berita bahwa ada seorang pemuda dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, maka ia pun pergi kepada pemuda itu sambil membawa hadiah yang banyak, sambil berkata: "Sembuhkan aku, dan aku sanggup memberikan kepadamu apa saja yang anda suka".

Jawab pemuda itu: "Aku tidak dapat menyembuhkan seseorang pun, sedang yang menyembuhkan hanya Allah azza wajalla, jika engkau mahu beriman (percaya) kepada Allah, maka aku akan berdoa semoga Allahmenyembuhkan mu".

Maka dia terus beriman kepada Allah dan didoakan oleh pemuda itu. Ketika itu juga ia sembuh dengan izin Allah s.w.t. Kemudian ia kembali ke majlis raja sebagaimana biasanya, dan ditanya oleh raja "Hai Fulan siapakah yang menyembuhkan matamu"

Jawabnya "Rabbi (Tuhanku)".

Raja bertanya: "Aku?".

Raja bertanya demikian kerana merasa dirinya sebagai Tuhan. Jawabnya"Bukan, tetapi Tuhanku dan Tuhanmu yaitu Allah".

Ditanya oleh Raja "Apakah anda mempunyai Tuhan selain Aku?"

Jawabnya "Ya, Tuhan ku dan Tuhanmu adalah Allah".

Maka diseksa oleh raja seberat-berat seksaan sehingga dia terpaksa memberitahu raja bahawa pemuda itulah yang mendoakannya untuk sembuh.

Maka segera dipanggil pemuda itu lalu berkata "Hai anak sungguh hebat sihirmu sehingga dapat menyembuhkan orang buta dan sopak dan pelbagai macam penyakit"

Jawab pemuda itu "Sesungguhnya aku tidak dapat menyembuhkan siapa pun, hanya semata-mata Allah azza wa jalla".

Raja itu pun bertanya "Adakah aku?"

"Tidak" jawab permuda itu.

Maka tanya raja itu "Adakah engkau ada tuhan lain selain aku?"

Jawab pemuda "Ya, Tuhanku dan Tuhanmu hanya Allah".

Maka pemuda itu ditangkap dan diseksa seberat-beratnya sehingga dia terpaksa memberitahu siapa Rahib yang mengajarnya. Maka Rahib pun dipanggil dan dipaksa untuk meninggalkan agamanya. Namun, Rahib tetap bertahan dan tidak mahu beralih agama, maka diletakkan gergaji di atas kepalanya dan digergaji dari atas kepalanya hingga terbelah dua badannya.

Kemudian pemuda itu kembali diperintah untuk meninggalkan agama yang dianutnya (agama tauhid), tetapi pemuda ini juga menolak perintah raja. Maka raja memerintahkan supaya dibawa ke puncak gunung. Di sana juga telah ditawarkan kepadanya untuk meninggalkan agamanya dan mengikuti agama raja,  jika tetap menolak dia akan dilempar dari atas gunung itu. Maka ketika telah sampai di atas gunung, ditawarkan lagi kepadanya pemuda untuk berubah agama, dan ditolak oleh pemuda itu. Kemudian pemuda itu berdoa "Allahumma ikfinihim bimaa syi'ta (Ya Allah selesaikanlah urusanku dengan mereka ini dengan aku sehendak-Mu)".

Tiba-tiba gunung itu bergoncang sehingga para pengawal berjatuhan dari atas bukit dan mati semuanya. Maka segeralah pemuda itu kembali menemui raja, dan ketika ditanya, "Manakah orang-orang yang membawamu?".

Jawabnya "Allah yang menyelesaikan urusan mereka".

Lalu pemuda itu ditangkap lagi dan kali ini dibawa ke laut dengan menaiki perahu, setelah sampai di tengah laut ditanyakan padanya jika ia mahu mengubah pendirian agama. Jika tidak, maka lemparkan ke dalam laut dan ketika telah sampai di tengah laut pemuda itu berdoa "Allahumma ikfinihim bimaa syi'ta"

Maka tenggelamlah orang yang membawanya semuanya dan segeralah pemuda kembali menghadap raja. Dan ketika ditanya oleh raja,"Bagaimana keadaan orang-orang yang membawamu?"

Jawabnya, "Allah yang menyelesaikan mereka".

Kemudian pemuda itu berkata kepada raja "Engkau takkan dapat membunuhku kecuali jika engkau menurut perintahku maka dengan itu engkau akan dapat membunuhku"

Raja bertanya, "Apakah perintahmu?"

Jawab pemuda, "Kau kumpulkan semua orang di suatu lapangan, lalu engkau gantung aku di atas tiang, lalu kau ambil anak panah milikku ini dan kau letakkan di busur panah dan membaca, Bismillahi Rabbil ghulaam(Dengan nama Allah Tuhan pemuda ini), kemudian anda lepaskan anak panah itu, maka dengan itu anda dapat membunuhku".

Maka semua usul pemuda itu dilaksanakan oleh raja, dan ketika anak panah telah mengenai pelipis pemuda itu ia mengusap dengan tangannya dan langsung mati, maka semua orang yang hadir berkata, "Aamannaa birrabil ghulaam (Kami beriman kepada Tuhannya pemuda itu)".

Sesudah itu ada orang memberitahu kepada raja bahwa semua rakyat telah beriman kepada Tuhan pemuda itu, bagaimanakah usaha raja untuk menghadapi rakyat yang banyak ini? Maka raja memerintah supaya di setiap jalan digali parit dan dinyalakan api, dan tiap orang yang berjalan di sana, dan ditanya tentang agamanya,. Jika ia tetap setia pada kami biarkan, tetapi jika ia tetap percaya kepada Allah masukkanlah ia ke dalam parit api itu.

Maka adanya orang berduyun-duyun (berbaris-baris) dorong mendorong yang masuk di dalam parit api itu, sehingga tiba seorang wanita yang mengendong (membawa) bayinya yang masih menyusu, ketika bayinya diangkat oleh pengikut-pengikut raja untuk dimasukkan kedalam parit berapi itu, wanita itu hampir menuruti mereka berganti agama kerana sangat belas kasihan pada anaknya yang masih kecil itu, tiba-tiba anak bayi itu berbicara dengan suara lantang, "Sabarlah hai ibuku kerana kau sedang mempertahankan kebenaran".

Akhirnya mereka berdua terjun kedalam parit api yang menyala dan membakar.

(H.R. Ahmad, Muslim dan Annasa'i)

Berkata Ibnu Abbas kisah ini terjadi 70 tahun sebelum Nabi saw.



Source: http://ibnutoha.wordpress.com/2009/11/23/kisah-ashabul-ukhdud/

Sunday, December 6, 2009

Naturally NIZAR!

NATURALLY NIZAR

12/05/2009 12:35:00 PM Lovingly unplugged by masterwordsmith


Confidently, he walked into the hall at his own pace without the rhythmic beat of kompangs that befits the status and stature of the Menteri Besar of Perak. No ordinary man, he exuded a calmness and demeanor of a godly person who knew and accepted his place on earth in the greater scheme of things as determined by the Almighty. A sudden hush filled the hall when he walked down the aisle with his aides. And as he neared the stage, the crowd clapped as they rose in awe and respect of this great man, YB Dato' Nizar Jamaluddin (Menteri Besar Perak,) who spoke on "Perak Crisis: The lessons for Two-Party System in Malaysia" at Kompleks Penyayang last night.

In the welcoming address, Penang Deputy Chief Minister I Dr.Mansor Othman emphasized that Pakatan Rakyat wants to establish a system of government based on needs, not race. YB Sim Tze Tzin then gave a brief rundown of the tragic Perak Constitutional Crisis before YB Dato' Nizar Jamaluddin began his speech.

With a deep and authoritative voice, Dato' Nizar recited a Quranic verse followed by translations in Bahasa Malaysia and English, purposeful reminders to all that we are the Almighty's creation and we should not emphasize differences but instead, remember our roots:

O mankind! Be careful of your duty to your Lord Who created you from a single soul and from it created its mate and from them has spread a multitude of men and women.

*taken from THIS LINK

I was awestruck by the charisma and powerful presentation skills of Dato' Nizar. Fluent in Arabic, English, Mandarin and even a smattering of Tamil words, he certainly bedazzled the audience with his powerful oratory skills. With much mastery, he displayed the correct intonation, nuances and lilts in vocal quality required for each language in his deep baritone voice. Splendid! The only other leader I can think of who has such abilities is Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Dato' Nizar defused some tension that filled the air by thanking 'the police from the nearest police station' for ensuring the security of the event by their presence. Laughter filled the air and soon everyone was at ease. After setting the mood for the evening, the Menteri Besar shared the lessons learnt from the Perak Constitutional Crisis.

He started with a historical perspective of our political scenario by reminding us of how for 52 years, Malaysians have been living in a climate of fear because the three component parties of the ruling party played on ethnic differences in the way they reminded members and Malaysians that they had to maintain status quo to prevent social upheaval, messages sent out with the support of media which echoed such racial overtones leaving many suppressed and oppressed. In many ways, Perak is a microcosm of Malaysia. Interestingly, many leaders actually come from Perak!

Next, Dato' Nizar opened a window for us to take a peek at what actually happened after it was announced that they had won the right to rule in Perak. His riveting account left many with eyes wide open and mouths agape as he recounted in great detail, the sequence of events that followed with so much sincerity, openness in a no holds barred approach. Awesome!

Layer by layer, Dato' Nizar peeled the circumstances of that historical event to reveal the true heart of Pakatan Rakyat. The lesson learnt was a plain and simple one - The PR leaders put aside all differences to work together for the well-being of Perakians and are sincere in their effort and dream to achieve a two-party system.

* The PR leaders who assembled to deliberate on the next step to take after victory decided to abide by the Perak Constitution and unanimously agreed to give the position of MB to PAS.

* PAS leaders met to decide which of the PAS elected leaders would be the MB. The five winners, including Dato' Nizar, declined the position of MB. YB had the crowd in stitches when he said that there they were - each with the golden opportunity to become the Menteri Besar of Perak and NO ONE wanted to accept the position whereas in another party, one would pay millions for a meagre position in a division!!! His revelation of the reasons why each candidate declined was such a riot that I could not believe the resounding laughter that came from the crowd. It is really so funny that I dare not post the rationale given by each candidate so candidly. :-)

* Finally, the PAS heads decided who would be the leader - Dato' Nizar.

From this point, Dato' Nizar gave a very detailed explanation of the events that transpired and the plot to topple the PR government. He revealed two names that were primarily responsible and reiterated that these two would go down in history. He also gave an explanation of the Constitutional Crisis and what transpired in the Istana.

After that, Dato' Nizar shared some statistics that impressed us deeply:

* The Auditor-General's Report gave the PR govt a score of 4 (excellent) which is much higher than the general acceptance level. In 52 years of BN rule, the maximum that the BN government of Perak ever collected was RM530 million and zakat collection was RM 40 million.

Contrastingly, in 10.5 months, despite the spanners thrown in the works, the PR government in Perak succeeded in collecting RM633 million and zakat collection was RM 58 million.

* As for the V6 issue, Dato' Nizar explained that the reports against PR failed to mention that the figure was cumulative expenditure for four years.

* He emphasized that all steps taken by PR in Perak was to show respect to the decision of the rakyat to vote them into power. The PR government believes in upholding five principles in governance namely:

* justice
* trustworthiness
* transparency
* integrity
* welfare

He also shared the stark differences in the amount of investments brought into the state by BN compared to PR.(I cannot cite the exact amount as I cannot decipher my handwriting in my notes!!!) YB also shocked us with the revelation that the Perak budget was passed by the BN state government in 20 minutes!!!

With much vehemence, Dato' Nizar emphasized that any racist tendencies will be sand mined by PR government and he lamented how "racist tendencies are deeply ingrained in the hearts" of many due to the ploys of certain parties and reiterated that PR will work together to bury UMNO.

The Q & A session was very vibrant and saw questions being asked by guys from different age groups and races. YB Dato' Nizar tackled each question sincerely, earnestly and in great detail too! In response to one question from an ex-commando, YB urged each and every one of us to raise our prayers and supplications to God that truth and justice be restored in this land and emphasized the need for unity, cohesiveness and togetherness in our mission to build a better Malaysia. With much vehemence and conviction, YB reiterated that PAS is NOT RACIST and will reject all any racist sentiments. He did not mince his words when he identified racist parties/leaders who had dented the psyche of Malaysians to the extent that we have so much emotional baggage to carry in our journey to build the nation.

The hall was full last night and I was certainly pleased that this time, many youths were there. PAS supporters gave a resounding roar and 'yell' of support after YB ended the forum with a very meaningful Quranic verse. The audience clapped furiously as we gave him a standing ovation.

As I walked out of the hall, I was overcome with much emotion after coming face to face with YB Dato' Nizar - truly a great Malaysian leader with so much in his heart, so much to give to our nation. He had spoken very sincerely and elegantly and what we saw of him last night without any airs was his natural self, no holds barred with no masks on his face. Here is 1Malaysian Leader - all real,untainted.

Will you walk with him and other leaders to build a better Malaysia for us all?

1Rakyat for Malaysia!